suria

Sanggup bakar diri sendiri demi teman wanita

SEORANG lelaki bertindak nekad dengan membakar diri selepas dipercayai bergaduh dengan teman wanitanya.

Mangsa yang berusia 21 tahun itu melecur hampir 90 peratus dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seri Manjung.

Kejadian berlaku di tempat meletak kenderaan sebuah rumah di Kampung Bintang, Sitiawan, Manjung di Perak pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh diri.

Pihak polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi melakukan siatan menyeluruh.

Cubaan bunuh, kebakaran


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi