suria

Senyum makin lebar, rupa-rupanya Sarah Suhairi dah cabut ‘braces’

NAMPAKNYA makin lebar senyuman penyanyi Sarah Suhairi selepas menanggalkan pendakap gigi atau braces.

Patutlah senyuman pun berseri-seri sekarang ini, iyalah gigi dah cantik kan! Agak-agak ada tak peminat yang perasan perubahan Sarah tu?

"Sebenarnya ramai tak perasan, bila mereka tengok gambar di Instagram baru mereka bertanya sebab gigi nampak lain.

"Mungkin orang tak perasan gigi saya sebelum ini ada braces sebab tu mereka tak rasa macam tak ada perubahan.

"Kalau tanya saya, memang ada perbezaan sebab sekarang ini gigi lebih tersusun, lebih mudah nak bercakap dan lebih cantik berbanding sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Dari kiri; Wani Kayrie, Sissy Imann dan Sarah Suhairi tunjuk sisi sebenar kehidupan dalam The House.

Juara Big Stage 2018 ini ditemui ketika sidang media program realiti The House musim kelima yang diadakan di The Bean’s Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sarah bergandingan bersama Wani Kayrie dan Sissy Imann dalam rancangan yang bakal bersiaran di Astro Ria, setiap Rabu, pukul 9.00 malam bermula 27 Mac ini.

"Banyak perkara menarik yang kami kongsikan dalam siri kali ini, nak tengok perangai kami bertiga bolehlah saksikan The House ya!," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH BERSAMA SARAH SUHAIRI YANG DISEDIAKAN MSTAR ONLINE



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi