suria

Ben Ali nafi jadi kroni, Syed Saddiq tolong promosi dalam Instagram peribadi kerana budi bicara

TIDAK semena-mena nama pelakon Ben Ali terpalit dalam isu membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan seorang pengusaha produk minuman tempatan, baru-baru ini.

Ini berikutan produk makanan yang dihasilkan oleh selebriti itu dikatakan menerima laluan mudah untuk dibawa ke mesyuarat kabinet dan diberikan promosi oleh menteri tersebut dalam Instagram.

"Iyalah, orang tengok saya macam rapat dengan Syed Saddiq dan macam ada bermotifkan politik, jadi benda tu saling berkait.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kroni' Syed Saddiq dakwa menteri tak tahu pengusaha kek, exco Armada Bersatu individu sama

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq perjelas dakwaan mungkir janji bantu usahawan, hanya bantu kroni

"Tapi hakikatnya saya tak ada kena mengena dengan kroni macam netizen cakap, tiada istilah potong barisan. Orang persoalkan tentang hal itu.

"Sebenarnya saya melalui proses yang sama macam produk orang lain juga. Cumanya tiada kontrak bahawa produk yang terpilih akan dipromosikan oleh YB Syed Saddiq di Instagram, itu atas budi bicara dia," katanya kepada mStar Online.

Ben Ali memegang jawatan Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Ben Ali ditemui selepas selesai program siaran langsung MeleTOP dan sidang media Anugerah MeleTOP 2019 yang diadakan di Astro pada malam Selasa.

Sebelum ini menerusi kenyataan di laman Instagram, suami kepada pelakon Nadiyah Shahab ini memberitahu dia melalui proses yang sama seperti usahawan lain termasuk menghantar borang permohonan dan profil syarikat melalui KBS, bukannya urusan secara terus dengan menteri terbabit seperti yang disangka.

"Apa yang saya nak tekankan di sini, saya juga melalui proses yang sama seperti usahawan lain.

"Janganlah disebabkan saya berjawatan di dalam parti, terus tidak melayakkan saya untuk mengambil peluang seperti orang lain.

"Saya juga gunakan saluran yang betul dan bukannya 'back door' (pintu belakang). Ada jawatan di dalam parti pun bukannya bergaji, tuan," tulisnya.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online.

Ben Ali, Syed Saddiq


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi