suria

Seharian di GSC, Ariff Bahran makan sampai puas

PENYANYI muda Ariff Bahran mengakui menonton wayang adalah aktiviti terbaik untuk merehatkan diri jika mempunyai kelapangan.

Bagaimanapun menurut Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari atau lebih mesra disapa Bahran, kekangan masa sejak bergelar penyanyi membataskan dia untuk berbuat demikian.

Jadi baru-baru ini mStar Online mengajak penyanyi lagu Kata Akhirmu itu untuk berehat sambil menonton wayang di GSC 1Utama, Petaling Jaya.

Bukan itu sahaja, Bahran bersama wartawan Qarami Hashim juga dicabar untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang dijual di sana.

Hasrat awal Bahran untuk melepak di mamak sambil minum teh tarik juga tidak kesampaian apabila rangkaian panggung wayang itu sebenarnya turut menjual minuman popular rakyat Malaysia ini.

Seperti Bahran, rata-rata 'kaki wayang' juga hanya memilih menu kegemaran ramai iaitu bertih jagung atau popcorn dan air berkarbonat jika menonton wayang.

Jadi bagi cabaran kali ini, Bahran dihidangkan dengan pelbagai menu menarik lain yang ramai tak tahu seperti Burger Gladiator, Chicken Invasion dan Burger Sambal-lah.

ARTIKEL BERKAITAN: Penonton hidu bau limau dalam panggung wayang

ARTIKEL BERKAITAN: Oh Nabila! Sudahlah cantik, pandai pula kemas dapur

Kesemua burger ini diapit dengan chacoal bun yang lebih menyihatkan bersama sos istimewa dan sayur-sayuran segar.

Selain itu pengunjung juga boleh menikmati jus buah-buahan yang dikenali sebagai Froot Joos yang mempunyai pelbagai perasa seperti Passion, Josephine, The Two Towers, Apple of my Eye dan Enter the Dragon.

Kesemuanya ialah campuran pelbagai buah-buahan segar tanpa gula tambahan.

Bagi yang memilih untuk makan makanan ringan, anda boleh memesan kerepek kentang yang dihidangkan panas-panas.

Setelah mencubanya, Bahran turut menggemari menu  berkenaan yang dianggap lain daripada yang lain.

Oh ya, menu lain seperti nugget, jagung dalam cawan dan karipap juga sebenarnya tersedia untuk anda di GSC.

Ariff Bahran, GSC


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi