suria

Sasuke Kun didenda RM100,000 sebar ‘Munafik 2’, Syamsul bagi amaran ramai lagi bakal kena

PENGARAH filem Syamsul Yusof akhirnya menarik nafas lega apabila tindakan undang-undang terhadap seorang individu berkaitan penyebaran filem Munafik 2 secara tidak sah di laman sosial akhirnya berpihak kepada Skop Productions Sdn Bhd.

Syamsul, 34, mengesahkan perkara itu melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.

“Alhamdulillah hari ini pihak mahkamah menjatuhkan hukum kepada pesalah tersebut.

“Dia diminta membayar ganti rugi berjumlah RM 100,000. Selain itu ada beberapa perkara yang pesalah perlu patuhi dan sekiranya dia melanggar perintah mahkamah... dia akan dipenjarakan," katanya.

Munafik 2 kutip 43 Juta secara keseluruhan

Menerusi posting yang sama, Syamsul turut memberi amaran bahawa lebih ramai pihak tidak bertanggungjawab yang terbabit dengan gejalan cetak rompak akan didakwa.

"Saya dah bagi amaran sebelum ni jangan sebarkan klip atau filem penuh Munafik 2 di media sosial, tapi degil.

"Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama," katanya

Pada 12 Oktober lalu, pihak Skop Production telah mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan mengenai tindakan undang-undang terhadap seorang kakitangan sebuah syarikat grafik di Perak kerana menyebarkan filem Munafik 2 secara haram di laman sosial.

Dalam pada itu Syamsul menasihatkan orang ramai agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan individu terbabit.

Syamsul beri amaran ramai lagi bakal terima nasib sama

“Diharapkan tindakan yang kami ambil ini dapat jadi pengajaran kepada anda semua supaya lebih berwaspada agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sebarang filem di media sosial.

“Jangan sehingga nasib anda menjadi seperti pesalah,” tambah Syamsul.

Hukuman dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Taiping iaitu Asmadi Hussin terhadap defenden iaitu Muhammad Izwan Shah Kamal Shah yang menggunakan nama ptofil Sasuke Kun.

syamsul yusuf, munafik 2


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi