Pelakon alami banyak perkara mistik - Pengarah filem Tujuh - Video | mStar

Pelakon alami banyak perkara mistik - Pengarah filem Tujuh

PENGARAH Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin mengakui ganguan mistik ketika pengambaran filem Tujuh menjadi antara faktor ia lewat ditayangkan.

Meskipun kurang mempercayai perkara-perkara misteri, Raja Mukhriz berkata ia dapat dirasai oleh para pelakon dan kru.

"Bukan sahaja isu teknikal menyebakan filem ini lambat (ditayangkan), tapi memang ada perkara-perkara yang menyeramkan berlaku.

"Artis banya alami...mereka nampak macam ada 'benda'," katanya kepada mStar Online.


Tujuh merupakan antara filem pertama arahan Raja Mukriz

Raja Mukhriz ditemui pada malam gala filem tersebut yang turut yang berlangsung baru-baru ini.

Filem seram berlatarkan pada era 1970-an itu mengisahkan tujuh remaja yang menghabiskan percutian semester mereka dengan mengadakan parti liar di sebuah rumah persinggahan keluarga di atas bukit.

Tujuh menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Siti Saleha, Cristina Suzanne dan Marsha Milan.

raja mukhriz , tujuh

Lebih Artikel