"Tak semua golongan LGBT tu negatif" - Iqram Dinzly - Video | mStar

"Tak semua golongan LGBT tu negatif" - Iqram Dinzly

SELEBRITI kontroversi Iqram Dinzly mengakui isu membabitkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah topik sensitif dalam masyarakat.

Namun menurut Iqram, 37, masyarakat tidak seharusnya fobia dengan penggunaan akronim LGBT kerana dia mempunyai tafsiran berbeza yang dianggap lebih positif.

"Saya guna LGBT kerana tak mahu jadi seperti itu. Apa yang saya maksudkan ialah Lelaki Ganteng Bermuslim Tinggi.

"Apa masalahnya jika perkara sensitif seperti LGBT itu kita tukar maksudnya supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat,” katanya kepada mStar Online.

Iqram ditemui ketika malam gala filem Tujuh arahan Raja Mukhriz pada Selasa.

iqram dinzly

Lebih Artikel