Afieq Shazwan sanggup tunggu enam jam tonton persembahan Wani Kayrie - Video | mStar

Afieq Shazwan sanggup tunggu enam jam tonton persembahan Wani Kayrie

BEKAS peserta program Big Stage, Afieq Shazwan secara terbuka mengakui sanggup meluangkan masa hampir enam jam untuk menonton persembahan Wani Kayrie yang sedang menyertai program realiti D'Academy Asia 4 (DAA4) yang diadakan di Indonesia.

Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros bagaimanapun masih berteka-teki tentang hubungan mesra mereka.

Afieq beri sokongan padu buat Wani Kayrie yang menyertai D'Academy Asia 4

“Ya betul, hampir enam jam saya menunggu untuk menonton persembahan Wani melalui aplikasi live program tersebut.

“Saya memberi sokongan kerana dia membawa nama Malaysia disana dan dalam pada masa sama turut mempromosikan bakat daripada tanah air,” katanya kepada mStar Online.


Afieq masih berteka teki tentang status hubungan mereka

Penyanyi lagu Darjat ini ditemui semasa sesi temuramah khas yang diadakan di pejabat urusan FMC Music.

Afieq, 21, turut tidak menolak dia bakal terbang ke Indonesia bersama beberapa rakannya untuk memberi sokongan buat Wani Kayrie.

Wani Kayrie harumkan nama Malaysia di Indonesia

“Tiada niat lain sebenarnya, tidak salah kalau kita nak melawat. Semua orang tau saya rapat dengan dia (Wani Kayrie).

“Saya sudah menganggap dia sebagai adik namun untuk hubungan yang lebih mesra tu kita tidak dapat nak jangka, doakanlah yang baik-baik buat kami,” tambahnya.

Hubungan mesra mereka mula dihidu selepas masing-masing menjadi peerta program Big Stage yang berlangsung baru-baru ini.

afieq shazwan , wani kayrie

Lebih Artikel