"Bukan sentap, tapi aku rasa nak..." - Amelina komen orang pertikai markah juri - Video | mStar

"Bukan sentap, tapi aku rasa nak..." - Amelina komen orang pertikai markah juri

PENYANYI Amelina beranggapan perasaan kurang senang pihak tertentu terhadap pencapaiannya dalam program Gegar Vaganza sebagai sebahagian daripada resam dunia hiburan.

Malah Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 44, berkata dia sedia maklum dengan perkara itu namun ia disifatkan sebagai pembakar semangat untuknya dalam pertandingan itu.

Persembahan Amelina duet bersama Sam Innuendo

"Itulah yang orang suka (dapat mahkah rendah), mereka bertepuk tangan. Sebelum ini apabila saya berada di kedudukan pertama pun mereka kata ia sebagai nombor satu paling corot.

"Tapi ini adalah pertandingan, saya perlu positif. Tidak timbul rasa kecewa sehingga perlu mempersoalkan keputusan juri apabila mendapat kedudukan yang kurang baik minggu ini,” kata Amelina kepada mStar Online.

Mengulas mengenai persembahannya pada konsert minggu keempat Ahad lalu, Amelina mengakui terdapat kelemahan ketika menyanyikan lagu Tak Pernah Hilang duet bersama Sam Innuendo.

"Biar saya cakap terus terang, ini semua salah sendiri. Saya tak berikan yang terbaik tambahan pula apabila menyanyikan lagu R&B, saya perlu masa yang lebih untuk berlatih.

"Tindakan saya mengubah sedikit lagu itu memakan diri kerana saya tak buat sehabis baik," katanya.

amelina , gv5

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia

Manchester United pecat Mourinho!