suria

Emma Maembong nak jadi jahat

PELAKON Emma Maembong ingin mengubah persepsi masyarakat kononnya dia hanya mampu membawakan watak baik sesuai dengan imejnya yang sopan dan lemah lembut.

Bagaimanapun menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, dia tidak pernah menerima tawaran watak antagonis seperti yang diimpikannya.

“Sebagai pelakon, saya mahu bawakan pelbagai watak... nak sangat watak ganas ataupun jahat.

"Malah jika diberi peluang berlakon cerita seram serta lakonkan watak hantu lagi saya nak," katanya kepada mStar Online.

Emma bersama trofi Pelakon Filem Wanita Popular yang dimenanginya

Selain itu pelakon drama Cik Sempurna ini berkata dia juga berharap menerima tawaran berlakon filem.

"Filem Kimchi Untuk Awak itu adalah yang pertama dan terakhir. Lepas itu tak ada lagi dah.

Emma impi watak ganas

"Memang ada tawaran, tapi selalu tak kena dengan jadual saya.

"Komitmen sebagai pelakon drama yang mengambil masa panjang juga membataskan saya," katanya.

emma maembong


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi