suria

Ramai tak kenal Shafie (Rio), tapi hafal lagu Layu Dihujung Mekar

KEPUTUSAN vokalis kumpulan Rio iaitu Shafie meninggalkan pekerjaan tetap disifatkan sebagai 'langkah kanan' baginya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Menurut Shafie, komitmen sebagai pekerja sebelum ini membataskanya untuk memberi fokus kepada kerjaya seni.

"Sebenarnya saya penah sertai uji bakat Gegar Vaganza musim lalu, namuk tak berjaya.

"Selepas saya ambil keputusan berhenti kerja, secara kebetulan pula pihak produksi GV panggil untuk uji bakat musim ini dan Alhamdulillah saya diterima," katanya kepada mStar Online.

Vokal Shafie (Rio) mendapat pujian juri

Shafie antara 12 peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Layu Dihujung Mekar ini berjaya menggamatkan Dewan MBSA apabila para juri profesional berdiri memberi penghormatan kepadanya selepas tamat persembahan.

“Sebenarnya latihan amat penting untuk mengekalkan mutu suara walaupun ada pihak yang beranggapan saya sudah tidak aktif menyanyi.

“Saya masih menerima undangan untuk menyanyi di majlis-majlis persendirian pada hujung minggu,” tambah Shafie.

Masih lincah walaupun sudah mencecah usia 53 tahun

Shafie, 53, merupakan vokalis kumpulan Rio yang terkenal sejak tahun 90an.

Kumpulan yang asalnya dikenali dengan nama R10 itu berjaya menghasilkan lima buah album bermula 1992 sehingga 2007.

shafie rio, gv5, gegar vaganza 5


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi