suria

"Minta maaf tak bererti kalah" - Pesanan khas Aliff Syukri kepada Vida, Aishah

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meluahkan hasrat untuk menjernihkan hubungan antara Datuk Seri Vida dan penyanyi Aishah.

Menurut Aliff, beliau terpanggil untuk berbuat demikian kerana menyedari industri hiburan di Malaysia adalah kecil dan peniaga sepertinya saling memerlukan sokongan selebriti.

"Saya sekadar meminta Aishah dan Vida untuk berdamai, saya juga ada berhubung dengan Vida mengenai perkara ini.

“Saya tidak berpihak kepada sesiapa, niat dihati cuma mahu mereka tutup cerita lama. Penjual kosmetik dan artis ibarat isi dan kuku, jika minta maaf pun tidak semestinya kita salah,” katanya kepada mStar Online.

Aliff ditemui selepas berakhirnya konsert pertama Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada Ahad malam.

Beliau adalah penaja utama program hiburan tersebut bagi musim ini.

Rantai berlian yang dikatakan palsu

Sebelum ini Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu mendakwa barang kemas tajaan Vida yang dikatakan bernilai RM80,000 adalah palsu.

aliff syukri, vida, aishah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi