suria

Dulu bercinta dengan Safawi Rasid, kini pengacara TV3 ini milik Qody

PENYANYI Qody nafi menjadi punca keretakkan hubungan pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid dengan pengacara TV3, Anim Ezati Rizki.

Qody yang terkenal dengan single Dia bagaimana enggan mengulas lanjut mengenai kisah cinta Anim Ezati sebelum ini.

Qody meluahkan perasaan di Instagram

"Saya tak berani cakap tentang orang lain, lebih baik cakap pasal saya sendiri (hubungan dengan Anim).

"Yang pastinya saya bukan perampas. Tempat duduk pun, kalau kosong baru saya duduk...kalau ada orang saya tak duduk," katanya kepada mStar Online.

Gambar bersama Anim yang pernah dimuat naik oleh Safawi Rasid

Qody sebelum ini memuat naik video bersama kapsyen berbentuk luahan perasaan kepada Anim Ezati di Instagram.

“Video dan status di Instagram itu adalah satu luahan hati saya buat Anim, saya mula mengenalinya ketika majlis berbuka puasa tahun lalu.

“Sejak dari itu kami mula berkawan. Jadi luahan ini dibuat daripada seorang lelaki kepada crush," katanya.

qody, anim ezati, safawi rasid


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi