Setahun tak ada kerja tetap, Ikhwan akhirnya ambil 'job' drama - Video | mStar

Setahun tak ada kerja tetap, Ikhwan akhirnya ambil 'job' drama

BEKAS penyampai radio Hot FM dan Kool FM, Ikhwan berkata dia tidak pernah melupakan dunia penyiaran walaupun selepas setahun mengambil keputusan untuk berehat.

“Saya tidak pernah melupakan dunia radio, ia sentiasa berada dalam jiwa. Namun buat masa ini saya mahu kembali aktif berlakon", ujarnya kepada mStar Online.

Ikhwan yang terkenal menerusi drama Bong ini berkata dia bakal kembali mewarnai dunia lakonan dan akan memulakan pengambaran sebuah drama 60 episod September ini.

Ikhwan, 35, mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan untuk menarik diri daripada dunia penyiaran selepas 12 tahun berkhidmat.

ikhwan

Artikel Lain

Derita si janda muda