suria

Wany Hasrita tak tahan ngilu, punca tak makan sayur

PENYANYI Wany Hasrita mendedahkan tiga aktor kegemarannya dan menjawab persoalan mengapa dia tidak memakan sayur-sayuran.

Menerusi fungsi pertanyaan di laman Instagram, Wany memberitahu dua pelakon tersebut merupakan bintang popular dari Malaysia dan seorang lagi ialah aktor Bollywood.

"Banyak... tapi paling saya suka adalah Remy Ishak dan Beto Kusyairy.

"Soalan antara Shah Rukh Khan dan Hrithik Roshan... Wany pilih Shah Rukh Khan," jawabnya dalam pertanyaan tersebut.

Sementara itu, Wany turut menyatakan alasan dia tidak menggemari sayur-sayuran.

"Sebab bila saya makan sayur ada bunyi yang membuatkan saya ngilu sebab tu tak makan," jawab Wany.

Wany tak gemar sayur-sayuran.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Menahan Rindu ini turut berkongsi tips penjagaan rambut untuk wanita bertudung.

Ujarnya, bagi mereka yang memiliki kulit berminyak perlu mencuci kerap rambut mereka.

"Untuk kulit berminyak saya sarankan mencuci dua hari sekali atau sehari sekali.

"Hair and scalp tonic kena selalu pakai dan rawatan rambut sebulan sekali," katanya.

Wany Hasrita


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi