suria

#BiziBody: Awas... Sajat nak 'cili' mulut netizen!

EPISOD #BiziBody minggu ini, kita ke rumah usahawan kosmetik, Nur Sajat. Wow, macam-macam kita jumpa dalam rumah Sajat tau. Ayuh saksikan gelagat lucu Sajat apabila menjadi mangsa minggu ini.

Menurut Sajat, kos untuk pengubahsuaian dan perabot di rumah ini dianggarkan bernilai RM700,000.

"Dulu rumah ini milik Datuk Seri Aliff Syukri dan rekaan dalaman diubah 100 peratus dan idea datang daripada pereka hiasan dalaman bertemakan fairytale.

Sajat

"Rumah ni tak ubah banyak sangat pun, cuma hiasan dalaman sahaja diubah mengikut selera Sajat," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Sajat menafikan dakwaan netizen yang menuduh dia hanya menyewa rumah banglo tersebut.

"Siapa yang cakap saya sewa rumah ni, rasa nak 'cili-cilikan' mulut tu! Jahat mulut tau. Saya beli rumah ini ya," ujarnya.

Tonton video penuh #Bizibody yang disediakan mStar Online ini.

Nur Sajat


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi