suria

Ferrari Aliff Syukri terbakar

USAHAWAN kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri seakan mengakui sebuah kereta mewah jenis Ferrari yang terbakar pada petang Khamis adalah miliknya.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 30, menerusi Instagramnya turut memuat naik video memperlihatkan dia sedang menangis apabila melihat keadaan kereta buatan Itali itu yang sedang dijilat api.

Melalui ruangan komen di Instagram, pelakon Filem Badang ini turut mengakui kereta tersebut adalah miliknya.

Kenderaan mewah tersebut dianggarkan bernilai hampir RM1.8 juta.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dari Persiaran Kewajipan menghala ke Plaza Tol Sunway pada petang Khamis.

Sementara itu, pihak pengurusan Aliff ketika dihubungi mStar Online mengesahkan kenderaan mewah yang terbakar itu adalah milik usahawan terkenal tersebut.

Aliff Syukri, Ferrari


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi