Dituduh menipu demi tiket Piala Dunia. Ini jawapan Luqman Hafidz! - Video | mStar

Dituduh menipu demi tiket Piala Dunia. Ini jawapan Luqman Hafidz!

PERKONGSIAN pelakon Luqman Hafidz mengenai pengalaman menyaksikan Piala Dunia 2018 di Rusia, baru-baru ini turut mengundang kecaman netizen.

Menerusi satu posting yang dimuat naik di laman Instagram, Luqman dikatakan berpura-pura miskin dan tiada wang demi mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan diantara Argentina dan Croatia.

Menjawab tuduhan tersebut, pelakon teater Ola Bola ini menjelaskan situasi sebenar kejadian tersebut.

Perkongsian Luqman disalah anggap oleh sesetengah netizen.

"Kalau mereka baca apa yang saya tulis, mereka akan faham kerana awalnya saya memang tak ada niat pun nak beli tiket perlawanan itu. Lagi pula bajet dan kos agak mahal di Rusia.

"Dalam kes ini apabila ada penyokong daripada Argentina menawarkan tiket dengan harga murah, saya anggap itu rezeki. Masing-masing ada pandangan sendiri dan kalau nak kecam itu terpulanglah.

"Tiket bukan senang dapat, harganya mahal dan sebab itu saya kongsi tentang perkara itu di laman sosial," katanya kepada mStar Online.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Luqman Hafidz , Piala Dunia 2018

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain