suria

#Bizibody: Projector Band kena 'kacau' masa sesi latihan

EPISOD #Bizibody minggu ini kita bersama kumpulan Projector Band.

Kunjungan mStar Online secara mengejut ke studio latihan mereka membongkar segalanya mengenai kumpulan ini.

Dalam pertemuan kali ini mereka berkongsi beberapa perkara berkaitan muzik.

Selain itu, kita juga sempat 'check' beg salah seorang ahli kumpulan Projector band iaitu Angah.

Fuh... macam-macam kita jumpa dalam beg dia tau! Nak tahu anda kena tonton video yang disediakan ini.

Dalam perkembangan yang lain, mereka bakal mengadakan Konsert Sudah Ku Tahu 2018 bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 28 Julai ini.

Tiket sudah mula dijual dan peminat boleh mendapatkannya secara online atau di Instagram kumpulan tersebut.

Projector Band dianggotai oleh Iskandar Zulkarnain Shafin, 25, selaku vokalis, Razif Zainuddin, 26, (gitaris), Muhammad Safiq Zainuddin, 24, (dram); Isnaidi Eidham Razali, 23, (gitar) dan Ahmad Khusairi Shaferi, 28, (basis).

Projector band, Bizibody


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi