suria

Cassidy punca syarikat rakaman lingkup?

PENYANYI kelahiran Australia, Cassidy Anderson mendedahkan dia kini mula bergerak sendirian kerana syarikat rakaman yang menguruskan kerjaya seninya selama ini sudah gulung tikar.

Namun Cassidy enggan menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang untuk terus melebarkan sayapnya di Malaysia.

“Agak sukar apabila begerak sendirian tambahan pula saya orang luar.

“Sememangnya saya tidak menjangkakan sesuatu yang mudah namun saya rasa bertuah kerana ramai orang Malaysia menyokong saya,” ujarnya kepada mStar Online.

cassidy


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi