Sayu dengar ucapan Farid Kamil untuk Tun M - Video | mStar

Sayu dengar ucapan Farid Kamil untuk Tun M

PELAKON dan pengarah, Datuk Farid Kamil memuat naik video yang mengumpulkan ucapan dan doa rakyat Malaysia untuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-93.

Menerusi video tersebut, Farid turut menyampaikan sajak khas buat Dr Mahathir.

“Andai satu hari, anak cucuku bertanya, siapakah wira terhebat Malaysia? Dengan bangga aku katakan, dia insan luar biasa.

“Seorang tua di umur 93, yang berjuang di usiannya, demi demi negaranya Malaysia,” ujarnya.

Pelakon filem Lagenda Budak Setan itu turut kelihatan sebak semasa membacakan sajak tersebut.

Menerusi posting berkenaan, netizen turut meluahkan rasa sayu selain mendoakan agar pemimpin nombor satu negara itu diberikan kesihatan yang baik.

farid kamil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut