suria

Mengapa Khai Bahar tak minat cari kekasih?

PENYANYI Khai Bahar berkongsi beberapa perkara mengenai dirinya termasuklah soal cinta.

Khai memberitahu dia mahukan seorang wanita yang penyayang, bersopan santun, menghormati ibu bapa dan seorang pendengar yang baik.

"Kekasih rasanya tak cari, saya nak cari calon isteri terus," katanya kepada mStar Online.

Khai Bahar.

Selain itu, Khai turut menyenaraikan beberapa sikap manusia yang kurang disenangi olehnya.

Antaranya suka marah-marah, penipu dan ego.

Ditanya mengenai lokasi percutian pilihan, Khai memberitahu dia tidak suka tempat yang terlalu sejuk.

"Saya lebih suka bercuti di pantai, tempat-tempat yang ada air macam kolam," katanya.

Dalam temubual yang sama, Khai turut memberitahu dia sering 'stalk' laman Instagram peminatnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Khai Bahar


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi