Aiman Tino pelik sikap artis tak jaga 'periuk nasi' sendiri - Video | mStar

Aiman Tino pelik sikap artis tak jaga 'periuk nasi' sendiri

PENYANYI Aiman Tino berkata sebagai selebriti dia sudah terbiasa dengan kecaman netizen.

Menurut Aiman, dia pernah berdepan dengan pelbagai kritikan dan komen negatif sejak awal pembabitan sebagai penyanyi.

"Saya dah terbiasa dengan kecaman netizen, macam-macam orang cakap. Tapi saya pekakkan telinga dan buat tak tahu sahaja.

"Bila ada yang kata nak tinggalkan industri kerana hal ini (kecaman), saya memang tak boleh terima.

Aiman Tino sudah biasa dikecam.

"Kita susah nak masuk dalam industri dan sudah sampai ke tahap ini, tapi senang-senang saja nak berhenti. Sia-sialah apa yang kita buat," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, penyanyi Haqiem Rusli mengumumkan dia bakal bersara sebagai penyanyi kerana mengalami kemurungan.

Bagaimanapun, dia membatalkan niatnya itu dan memohon maaf di atas kesilapan yang telah dilakukan.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Aiman Tino

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain