Afieq Shazwan bingung muzik video lesap di YouTube - Video | mStar

Afieq Shazwan bingung muzik video lesap di YouTube

PELAKON dan penyanyi muda, Afieq Shazwan meluahkan rasa terkejut apabila muzik video single Seandainya yang dimuat naik April lalu 'lesap' di Youtube.

Menerusi Instagramnya, Afieq, 21, memaklumkan kepada peminatnya mengenai perkara itu dan mengesyaki ia berpunca daripada masalah teknikal.

“Tiba-tiba ramai rakan menghubungi dan bertanya tentang muzik video berkenaan, saya sendiri terkejut dan memaklumkan kepada pihak pengurusan.

“Namun mereka juga tidak dapat memberi jawapan mengapa ia boleh berlaku,” katanya kepada mStar Online.

Muzik video tersebut telah mendapat lebih 500 ribu kali tontonan sebelum dikesan hilang di saluran Youtube FMC Music.

afieq shazwan

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Agong bantu mangsa kemalangan