Alif Muhaimin rela tayang badan kalau dapat duit - Video | mStar

Alif Muhaimin rela tayang badan kalau dapat duit

JUARA hero remaja 2017, Alif Muhaimin berkata dia tidak kisah jika perlu menayangkan tubuh badan dalam filem atau drama.

Menurut Alif, dia akur jika itu kehendak watak yang memerlukan dia menunjukkan tubuh badan terutamanya ketika membawa watak aksi.

"Jika perlu bawa watak aksi dan memerlukan saya membuka baju, saya tak kisah kerana itu memang kehendak dalam filem tersebut.

"Tapi kalau saja-saja tayang di laman sosial mungkin tidak! Kalau buka baju untuk filem dan dibayar tak apa," katanya kepada mStar Online.

Dalam masa yang sama, Alif menjadikan aktor Hairul Azreen sebagai sumber inspirasi dalam membentuk tubuh badan yang lebih sasa.

Pelakon berusia 24 tahun ini juga memberitahu dia dan beberapa orang teman aktif membabitkan diri dengan senaman jalanan di taman-taman sekitar ibu kota.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Alif Muhaimin , Hero Remaja

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kenapa kecoh wanita bertudung bawa anjing?