Nak kahwin tak boleh hanya 'tangkap muat' - Zizan Razak - Video | mStar

Nak kahwin tak boleh hanya 'tangkap muat' - Zizan Razak

PELAKON Zizan Razak mengakui sudah terbiasa diajukan soalan mengenai jodoh dan tidak mudah melatah dengan pertanyaan tersebut.

Menurut Zizan, sebagai selebriti dia haruslah bijak mengawal emosi dan tidak lari ketika ditanyakan tentang hal itu.

"Sebagai selebriti saya kena bersedia dengan apa jua soalan terutamanya berkaitan jodoh.

"Bila dah masuk dalam industri ini kita kena pandai handle tentang benda ni," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, menerusi portal ini bertarikh 16 Jun, Zizan memberitahu dia sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini atau selewat-lewatnya tahun hadapan.

Bagaimanapun, dia tidak mahu terburu-buru dalam soal itu kerana mahu memastikan semua perancangan berhubung perkara itu berjalan lancar.

"Terus terang bila sebut soal kahwin ini memang saya ada berniat dalam masa terdekat. Mungkin tahun ini atau tahun hadapan.

"Tapi segalanya masih dalam perancangan... Tengah susun supaya semuanya berjalan lancar.

"Saya tak nak kahwin sebab kita rasa perlu kahwin dan pilih sahaja sesiapa bimbang nanti hidup tak bahagia," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Zizan Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Senyap bukan sebab tak laku - Asmidar

Artikel Lain