Zara Zya sanggup jadi maskot, 'prank' Hafreez Adam - Video | mStar

Zara Zya sanggup jadi maskot, 'prank' Hafreez Adam

TINDAKAN pelakon Zara Zya membuat kejutan ulang tahun kelahiran kekasihnya iaitu Hafreez Adam menerima pujian peminat.

Rakaman dimuat naik di laman Instagram itu mendapat perhatian pengikut yang berasakan aksi Zara Zya itu terlalu 'sweet' dan romantik.

"Sorong papan tarik papan. Best tak kena prank Hafreez Adam? Happy belated birthday awak," tulis Zara.

Pasangan kekasih, Hafreez dan Zara Zya.

Rata-rata peminat memuji tindakan Zara itu dan menyifatkan mereka sebagai pasangan serasi.

"Semoga dipanjangkan jodoh. Cepat-cepat naik pelamin. Kencing manis dah ni," komen Myra Hafiz.

"Sweetnya akak Zara Zya ni. Bersemut tahap potong kaki. Hehe... kita doakan moga cepat ke jenjang pelamin.. amin," tulis Hazwani Salman pula.

Video berdurasi lebih dua minit itu telah ditonton hampir 70 ribu kali sejak dimuat naik pada Khamis.

Zara dan pelakon drama bersiri Gantung itu mula rapat di set penggambaran drama Mona Lisa sejak tahun lalu.

Hafreez Adam , Zara Zya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain