JUTAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik kelahiran anaknya yang diberi nama Yusoff Al Qardawi di Instagram.
Video yang memaparkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sedang bertarung nyawa melahirkan bayi tersebut menyentuh hati pengikutnya di laman sosial tersebut.
“Sayu hati tengok... Tahniah datuk dan datin, besar pengorbanan seorang ibu dan isteri,” tulis @yana_qiqi
“Allah sebaknya...Mengalir air mata, moga Allah permudahkan saya bersalin yang hanya menunggu hari,” tulis @fazira_ain78
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.
Pasangan ini mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober yang kini berusia sembilan bulan dan Qayyum pada awal Disember yang usianya tujuh bulan.
Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.