suria

“Kerajaan dah berubah, korang bila lagi?” - Nabil Ahmad

PELAWAK dan pengacara terkenal Nabil Ahmad menepis dakwaan dia sebagai 'lalang' apabila gambar lamanya menghadiri satu majlis Barisan Nasional dimuat naik semula netizen di laman sosial.

Nabil, 34, menegaskan insan seni sepertinya hanya menjalankan tugas yang diberikan tanpa sebarang tanpa sebarang kecenderungan terhadap mana-mana parti politik.

“ Inti pati sesuatu program atau majlis itu terserah kepada penganjur sendiri, khidmat kami sebagai penghibur hanya menarik perhatian orang ramai dan memeriahkan sesuatu majlis.

“Tidak patut apabila seseorang penyanyi menyanyi untuk majlis mana-mana parti lalu dia dicop sebagai pengikut parti tersebut. Kami punya anak dan isteri yang perlu diberi makan di rumah,” katanya kepada mStar Online.

Nabil menjadi salah seorang artis yang dikecam sebagai lalang apabila gambarnya di satu program Barisan Nasional dimuat naik semula netizen di media sosial.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

nabil ahmad


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi