suria

Netizen cepat mengecam, Fara Hezel lebih berhati-hati

KISAH kononnya hubungan cinta Fara Hezel dengan pelakon Ery Putra yang terkandas di tengah jalan baru-baru ini menjadikan dia lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi dengan peminat.

Menurut Fara, dia mempelajari banyak perkara apabila terjadinya gosip tersebut dan menerima ia sebagai pengajaran berguna.

"Selepas ni Fara tak nak cakap dah tentang hubungan cinta dan lebih berhati-hati. Iyelah, netizen ni cepat saja mengecam.

Fara memberitahu kisah cintanya dengan pelakon tersebut hanyalah gosip semata-mata.

"Apa pengajaran yang Fara dapat ialah jangan cepat melatah dan sentiasa berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

"Sekarang ini merupakan masa untuk Fara fokus dengan karier dan kerjaya. Tak mahu soal cinta menganggu perjalanan seni," katanya kepada mStar Online.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Fara hezel, Ery Putra


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi