suria

Mula-mula memang puasa tak penuh, tapi... - Mark Adam

MENGAKUI agak sukar di tahun-tahun awal selepas memeluk agama Islam, penghibur terkenal Mark Adam berkata dia kini mampu berpuasa penuh tanpa sebarang masalah.

Mark, 38, juga berkata rezekinya makin melimpah ruah di bulan Ramadan.

“Alhamdulillah, tahun ini saya dapat banyak kerja. Alhamdulillah  tak pernah 'kantoi' puasa lagi meskipun bekerja di bulan puasa.

“Sudah 16 tahun  berpuasa, mula-mula tu memang tak penuh, tapi 10 tahun lepas saya dah boleh puasa penuh,” ujaranya kepada mStar Online.

Mark atau nama Islamnya Fikri Adam Mark Abdullah memeluk Islam pada 2003 selepas berkahwin dengan isterinya, Nor Azah Redzuan.

mark adam


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi