suria

Kena 'give & take', Lisa Surihani terima pilihan Yusry

PELAKON Lisa Surihani berkata dia dan suami, Yusry Abdul Halim sudah membuat persiapan untuk menyambut lebaran tidak lama lagi.

Menurut Lisa, tahun ini dia meletakkan kepercayaan kepada Yusry bagi menentukan warna baju raya yang akan digayakan mereka sekeluarga.

"Setiap tahun saya yang akan beri idea warna baju kami. Tapi tahun ini saya minta Yusry pula yang tentukan warna pilihannya.

Pasangan bahagia.

"Dia bagi idea dan saya yang akan siapkan semuanya. Sebagai suami isteri kena ada 'give and take'.

"Jadi saya ikut apa sahaja pilihan dia dan rasanya bila ada perbincangan lagi best kan?," katanya kepada mStar Online.

Artis naungan Rocketfuel bergambar bersama pihak hotel dan anak-anak Rumah Nur Sakinah.

Lisa ditemui semasa majlis berbuka puasa anjuran Rocketfuel Entertainment di Eastin Hotel Kuala Lumpur, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam majlis tersebut turut diraikan hampir 30 orang anak-anak yatim daripada Rumah Nur Sakinah.

Tonton video temubual bersama Lisa yang telah disediakan mStar Online ini.

Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi