suria

Tajul terlepas cakap, mengaku sudah berkahwin

KECOH di media sosial apabila penyanyi Tajul dikatakan mengaku secara terbuka bahawa dia sudahpun mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun Tajul atau atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari menafikan mengenai perkara berkenaan dan berharap para peminat tidak salah faham mengenainya.

“Saya sedar itu salah saya (mengaku sudah beristeri), sebenarnya saya sengaja panggil teman wanita sebagai isteri untuk ambil hati.

"Tak sangka pula perkara ini menjadi isu besar. Saya minta maaf kerana salah cakap, saya belum berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Tajul yang juga adik kepada arwah Achik Spin mula mendapat publisti meluas apabila dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Wany Hasrita.

tajul


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi