suria

Wani Kayrie tunjuk cara ponteng puasa, jangan tiru ya!

Setiap orang pasti ada pengalaman di bulan Ramadan yang tidak boleh dilupakan. Lebih-lebih lagi ketika zaman kanak-kanak, mesti ada yang pernah ponteng puasa kan?

Menyebut mengenai perkara itu, penyanyi Wani Kayrie turut berkongsi pengalamannya ketika berpuasa di sekolah rendah dahulu.

Wani berkata dia dan temannya mempunyai perancangan dan idea untuk ponteng puasa tanpa diketahui oleh sesiapa.

Wani kongsi pengalaman semasa di sekolah rendah.

"Saya dengan kawan ada cara nak minum air, kami berpakat untuk ponteng puasa. Tak ada siapa yang tahu.

"Tapi itu semua kenangan masa kecil-kecil, sekarang tak buat lagi dah! Biasalah masa zaman budak sekolah dulu," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Wani turut berkongsi cerita mengenai sambutan Ramadan bersama keluarga.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Wani Kayrie


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi