suria

Jawapan ‘win’ Elfira Loy apabila dituduh perosak rumah tangga Nazim-Bella

SELEBRITI manis Elfira Loy akhirnya tampil menjelaskan mengenai tuduhan liar punca keretakan rumah tangga pelakon Nazim Othman dan Bella Dally.

Jelas bekas tunang kepada penyanyi Sufian Suhaimi itu, tuduhan berkenaan dianggap sesuatu yang mengarut.

“Saya rasa benda ini ridiculous, saya juga betul-betul ingin tahu adakah individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut memang bercakap benar atau sekadar inginkan perhatian.

“Kenapa perlu cakap begitu sedangkan perkara itu ternyata salah, saya sudah mengenali Nazim dan Bella sejak kecil lagi,” katanya kepada mStar Online.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24, dituduh menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan yang mendirikan rumah tangga pada September 2016.

Tuduhan liar itu dibuat oleh seorang pemilik akaun di laman Twitter dengan nama Mohamad Azif mula tular selepas Elfira menjawab twit tersebut.

“Saya sendiri runtuh (putus tunang), takkan nak runtuhkan orang lain pula kan?.

“Saya juga hormati keputusan mereka, kedua-duanya merupakan individu yang baik dan saya pasti inilah yang terbaik buat mereka,” ujarnya.

Pelakon Nazim Othman mengejutkan peminat pada 17 Mei apabila mengumumkan perkahwinannya dengan Bella Dally telah pun berakhir melalui laman Instagram.

elfira loy, nazim othman, bella dally


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi