suria

Jarang dapat 'spend time' dengan Nazim - Bella Dally

PELAKON Bella Dally mengakui kesibukan kerja menjadi penghalang untuk dia dan suami, Nazim Othman meluangkan masa bersama.

Menurut Bella, dia dan suami terikat dengan komitmen kerja dan perlu melunaskan tugasan masing-masing sehinggakan agak sukar untuk mencari waktu bersama.

"Jarang dapat spend time bersama kerana kami masing-masing sibuk dengan kerja.

ARTIKEL PENUH: Rumah tangga Nazim, Bella Dally selagi boleh senyum... OKlah

Bella Dally

"Kalau ada masa terluang baru kita pergi bercuti dan itu pun tak merancang," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, mStar Online bertarikh 25 April melaporkan Nazim membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi perkembangan peribadi dan rumah tangganya kepada umum.

Bella merupakan Duta Ariani 2018 dan Mira Filza serta Ayda Jebat ialah Ikon Ariani Lebaran 2018.

Malah, aktor tersebut memaklumkan rumah tangganya itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Dari segi kehidupan peribadi saya stabil, maknanya tiada kekusutan yang berlaku, tenang-tenang sahaja, selagi boleh senyum saya OKlah.

Nazim dan Bella Dally berkahwin pada 10 September 2016.

Untuk temubual penuh bersama Bella Dally, saksikan video mStar Online sediakan

Bella Dally, Nazim Othman


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi