suria

#BiziBody: Elyana terpaksa angkut botol ubat, harganya bikin anda terkejut!

PENYANYI Elyana memberitahu dia terpaksa membawa ubat-ubatan dan suplemen tambahan ketika berada di luar rumah.

Elyana berkata, dia memerlukan ubat dan makanan tambahan bagi memastikan tubuhnya kekal bertenaga dan bertahan daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapi.

"Kebanyakan barang yang saya bawa dalam beg adalah ubat. Kalau dulu, saya perlu bawa tiga beg ubat tapi sekarang saya bawa apa yang perlu sahaja.

Elyana perlu bawa ubat-ubatan ketika berada di luar rumah.

"Suplemen kesihatan ini pula adalah untuk beri saya tenaga. Setiap botol ubat ini mampu bertahan sebulan dan harganya boleh tahan mahal juga," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada meneruskan pertandingan program Gegar Vaganza tahun lalu.

Elyana berkata, dia disahkan menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu.

Elyana tak suka bazirkan duit dengan membeli tas tangan mewah.

Sementara itu, penyanyi lagu Kalis Rindu ini turut berkata dia lebih selesa bergaya ringkas ketika berada di luar rumah.

Ujarnya, dia bukanlah seorang wanita yang sukakan tas tangan mewah atau berjenama.

"Sekarang ni dengan keadaan ekonomi dan kesihatan yang memerlukan perbelanjaan yang besar, beg mewah atau berjenama bukan lagi keutamaan.

"Mujurlah saya bukan seorang wanita yang sukakan benda berjenama, pakai beg karung biasa pun dah okey," katanya.

Saksikan video penuh #BiziBody yang telah disediakan mStar Online.

BiziBody, Elyana


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi