suria

Hukum tetap hukum... Wany akan lebih tegas isu baju 'sponsor'

SETELAH menerima komen kritikan dan kecaman mengenai penampilannya, penyanyi Wany Hasrita berkata dia akan lebih tegas dalam menentukan pakaian yang akan digayakan.

Menurut Wany, 25, dia mempelajari banyak perkara mengenai isu tersebut dan tidak akan mengulangi kesilapan lalu.

"Saya belajar banyak perkara mengenai pakaian. Selepas ini saya akan tetapkan pendirian, kalau rasa tak sesuai saya tak akan pakai.

"Hukum tetap hukum, dengan siapa pun saya bekerja, saya akan tegaskan mengenai baju dan penampilan," katanya kepada mStar Online.

Wany akan lebih tegas tentang pakaian yang akan digayakan olehnya.

Sementara itu, Wany memberitahu dia menerima komen netizen dengan hati terbuka dan menganggap teguran tersebut sebagai tanda peminat menyayangi dirinya.

"Saya terima semua komen dengan hati terbuka. Kita hidup di dunia ni kena ambil juga nasihat orang lain, jangan nak syok sendiri sahaja.

"Mungkin ada komen yang hanya nak 'membawang' tapi tak apa. Yang baik kita ambil dan itu semua akan membuatkan kita menjadi lebih matang.

"Doa-doakan semoga saya lebih istiqamah," katanya.

Wany terima komen dengan hati terbuka.

Sebelum ini, penampilan penyanyi lagu Rintihan Rindu ini menerima kritikan netizen kerana dikatakan tidak bersesuaian digayakan oleh seorang wanita berhijab.

Bagaimanapun, Wany berkata, dia faham dengan konsep yang ingin diketengahkan dan atas dasar itu dia bersetuju mengubah gayanya selagi dirasakan tidak keterlaluan dan mendedahkan aurat.

Untuk temubual penuh, boleh saksikan video yang telah disediakan mStar Online.

Wany Hasrita


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi