suria

Khai Bahar nak hidup membujang lagi enam tahun

HAMPIR dua tahun bergelar anak seni, penyanyi Khai Bahar memaklumkan dia kini dalam perancangan mengumpul harta, namun tidak mahu terburu-buru memikirkan tentang itu.

Khai atau Mohd Khairul Baharuddin, 24, berkata dia meletakkan sasaran usia 30 tahun untuk memiliki rumah idaman dan menamatkan zaman bujang.

"Perancangan nak beli rumah, kereta dan berkahwin itu saya sasarkan dalam usia 30 tahun.

"Senang kata, kahwin dululah baru beli rumah, tapi masalahnya tak tahu lagi bila nak kahwin," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar Masih Tiada Harta

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Berusia Lebih Ramai Nasihati Khai Bahar

Khai Bahar hargai peminat.

Sementara itu, Khai memberitahu impiannya kini adalah untuk membahagiakan kedua ibu bapa dan peminat.

"Sekarang ni, saya hanya mahu buat yang terbaik untuk peminat dan senangkan kedua orang tua terlebih dahulu.

"Doa mereka yang membuatkan saya terus berada disini dan saya ingin menghargai usaha mereka itu," katanya.

Dalam Anugerah MeleTOP 2018 (AME2018) Khai Bahar membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang kategori utama AME2018 menerusi kategori Top Top MeleTOP (Lelaki).

Anugerah Top Top Meletop AME2018 dimenangi oleh Khai dan Neelofa.

Acara yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad turut memperlihatkan Khai, 24, membolot dua lagi buah trofi menerusi kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Bayang).

Menerusi kemenangan itu, Khai membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi.

Bagi kategori Top Top MeleTOP (Wanita) milik pengacara dan pelakon Neelofa selain membawa pulang trofi menerusi dua kategori lain, Pelakon TV MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Khai Bahar, AME2018


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi