suria

Dukun pesongkan akidah umat Islam? Ini komen 'win' Umie Aida

PELAKON Datin Umie Aida mengakui kesal apabila ada beberapa pihak yang mempertikaikan penayangan filem Dukun yang dikatakan boleh memesongkan akidah umat Islam.

Umie berkata, dia turut bersedih apabila individu berkenaan mengeluarkan kenyataan tanpa menonton terlebih dahulu filem arahan Dain Said ini.

"Adakah dengan menonton filem ini orang akan jadi dukun? Adakah mereka akan jual kebaya merah.

"Jika mereka orang industri dan bercakap seperti ini, saya sangat sedih. Mereka sepatutnya menonton terlebih dahulu filem ini," katanya kepada mStar Online.

Umie ditemui semasa tayangan perdana filem Dukun di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Umie Aida nyaris terkena histeria, menangis keluar dari Penjara Pudu

ARTIKEL BERKAITAN: Video tular hantu kebaya merah ditonton 27 juta kali

Pengarah, Dain Said (dua dari kanan) bersama barisan pelakon filem Dukun.

Sementara itu, Umie turut berkongsi pengalaman menjayakan penggambaran di Penjara Pudu 12 tahun lalu.

Pelakon ini turut mendedahkan dia nyaris mengalami histeria dan tubuhnya tiba-tiba menggigil ketakutan ketika di bawa ke bilik gantung penjara itu.

Dukun sebelum ini diharamkan tayangannya pada Disember 2006 berikutan selepas Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) membuat keputusan itu kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan.

Selain Umie yang memegang watak sebagai Diana Dahlan, Dukun turut membariskan pelakon seperti Adlin Aman Ramli, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat dan Elyana.

Umie Aida, Dukun


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi