“Adatlah kalau nak menunjuk, cuma orang tu 'famous' atau tak je” - Aliff Syukri - Video | mStar

“Adatlah kalau nak menunjuk, cuma orang tu 'famous' atau tak je” - Aliff Syukri

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu niatnya berkongsi mengenai kediaman ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau riyak.

Aliff berkata, dia ambil peduli dengan kecaman netizen, namun apa yang dilakukan itu adalah untuk memberi inspirasi kepada masyarakat supaya tidak pernah mengalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian.

"Apa yang saya kongsi ini adalah hasil usaha sepanjang melalui kepayahan hidup, dari tiada apa-apa sehingga tercapai ini semua dan saya mahu orang di luar sana menjadikan ini sebagai inspirasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Selain 30 Bilik Mahligai Aliff Syukri Turut Mempunyai Surau, Gim, Bilik Kebal

Rumah ini berkeluasan 40,000 kaki persegi dibina di atas tanah berharga RM13 juta.

"Sekurang-kurangnya apa yang saya lakukan ini dari sumber yang halal dan bukan hasil menipu dan sebagainya.

"Rasanya kalau orang lain pun akan tunjuk juga apa pencapaian yang mereka ada, cumanya mungkin sebab saya ini popular jadi banyak mata memerhati dan mula mengecam," katanya kepada mStar Online.

Menerusi laporan mStar Online pada Selasa, lelaki berusia 31 tahun ini memaklumkan dia sudah lama memasang impian untuk memiliki sebuah rumah mewah bak istana sejak usianya 23 tahun.

Aliff berdiri di beranda biliknya berdepan dengan kolam renang.

Katanya, impian itu muncul ketika dia mengunjungi Istana Pahang semasa menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kira-kira lapan tahun lalu.

Bercakap mengenai kediamannya yang berkeluasan 40,000 kaki persegi itu, Aliff menggunakan perabut yang diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta dengan hasil kerja pereka hiasan dan jenama terkemuka dunia.

Ruang tamu ini dihiasi dengan perabut mewah dari empat negara.

Malah, dia juga akan menukar perabut yang ada dirumah itu setiap enam bulan.

Selain mahligai berkenaan Aliff juga memiliki kediaman di Pavilion Kuala Lumpur dan penginapan diberi nama Sugeh Resort yang mengendalikan Sugeh Village di Sungai Buloh dan Sugeh Hill di Janda Baik, Pahang.

Aliff Syukri , Aliff Syukri Palace

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain