Dikecam sebab SPM, Aiman Tino anggap netizen tak matang - Video | mStar

Dikecam sebab SPM, Aiman Tino anggap netizen tak matang

PENYANYI Aiman Tino menerima kecaman netizen berikutan pandangannya bahawa kelulusan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah penentu kepada kejayaan seseorang.

Aiman, 19, berkata, ulasannya dalam akhbar berkenaan hanyalah bersifat peribadi dan telah disalahertikan oleh netizen yang sekadar membaca tajuk tanpa mengetahui isi sebenar artikel.

"Saya hanya mengulas pandangan rakan artis iaitu Ismail Izzani. Bukan saya cakap tak perlu ambil SPM. Kalau dah terlepas boleh ambil semula, tak ada masalah tentang itu.

"SPM memang penting, terutamanya apabila kita nak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tetapi ia bukanlah kayu ukur atau penentu kejayaan dalam hidup seseorang selepas itu.

"Bagi saya, apa yang penting di sini adalah usaha atau tahap kerajinan kita nak majukan diri," katanya kepada mStar Online.

Aiman Tino

Sementara itu, Aiman berkata dia tidak mahu ambil pusing dengan sebarang kritikan dan kecaman netizen terhadap apa sahaja yang dilakukan.

Malah, dia lebih selesa untuk fokus dengan kerjaya seni dan tidak mahu tekanan membuatkan dirinya menjadi lemah.

"Tak kisahlah netizen nak cakap apa pun, kebanyakkan yang bercakap negatif ni belum cukup matang lagi.

"Saya tak mahu tertekan sebab benda remeh sebegini dan lebih baik saya fokus dengan kerjaya dan capai impian saya," katanya.

Aiman Tino , SPM

Artikel Sebelum

Pelajar perempuan bangga teguk air ketum

Artikel Berikut

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain