suria

“Dulu Terbayang Isteri, Sekarang....”

PELAKON Hafidz Roshdi memberitahu kehidupan dia berubah setelah kehadiran cahaya mata sulungnya yang diberi nama Humairah.

Menurut Hafidz, 23, dia kini melalui fasa baharu dalam hidup apabila sudah bergelar bapa pada 9 September lalu.

"Paling ketara, saya nampak perubahan dalam diri dengan menjadi lebih matang dan mula belajar mengenai tanggungjawab sebagai bapa.

Hafidz tak boleh berenggang dengan Humairah.

"Sekarang ini, keluarga sudah menjadi keutamaan dan anak merupakan anugerah terindah dalam hidup saya ," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hafidz memaklumkan dia tidak boleh berenggang dengan Humairah dan tidak sabar untuk pulang ke rumah selepas bekerja.

Lebih-lebih lagi jika perlu meninggalkan anaknya itu dalam jangka waktu yang agak panjang.

"Kalau dulu terbayang isteri, sekarang teringat anak pula, kalau boleh nak habiskan kerja cepat dan pulang ke rumah," katanya.

Hafidz Roshdi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi