Jersi Merah Jambu Idaman Qu Puteh - Video | mStar

Jersi Merah Jambu Idaman Qu Puteh

PETALING JAYA: Teka-teki sama ada pasukan The Red Warrior (TRW) akan menyarungkan jersi merah jambu bagi saingan Liga Malaysia musim ini bakal diputuskan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida ternyata mempunyai perancangan tersendiri apabila melakar rekabentuk jersi TRW berlatarkan warna kegemarannya itu.

Pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan usahawan wanita kelahiran Machang itu akan mengadakan pertemuan peringkat akhir untuk mencapai kata putus berkaitan penajaan mencecah RM16 juta untuk tempoh dua musim itu pada petang Jumaat ini.

Jersi Merah Jambu , Pamoga Qu Puteh
Semua
Hiburan
Berita
Variasi