suria

Suspek Tembak Budak di Semenyih Ditahan

POLIS berjaya menahan lima lelaki yang dipercayai melakukan pelbagai jenayah termasuk pembunuhan dua lelaki di Kajang dan seorang kanak-kanak di Semenyih pada tahun ini.

Kelima-lima lelaki berkenaan ditahan secara berasingan di tiga lokasi di Selangor selepas pihak berkuasa memberkas seorang suspek berusia 29 tahun.

Hasil siasatan dan pemeriksaan, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut merampas kereta dan motosikal curi selain barangan yang disamun serta senjata api.

Kesemua suspek telah ditahan reman selama enam hari.



Kes Bunuh, Kajang


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi