suria

Alami Dunia Magis TrikStars

PETALING JAYA: Musim cuti persekolahan pada akhir tahun kini kembali lagi. Anda pastinya mahu mencari kelainan dalam mengisi aktiviti bersama keluarga.

Taman tema popular Sunway Lagoon memahami keinginan anda dengan menawarkan sesuatu yang mengujakan sehingga anda terhibur.

Sunway Lagoon menganjurkan pertunjukan silap mata TrikStars 'Masters of Trickery' di Amphitheatre di taman tema itu bermula dari 5 sehingga 20 Disember ini.

Pertunjukan ini dengan kerjasama Dion and Randall International yang didatangkan khas dari Belanda, di mana pertunjukan mereka dikenali di Las Vegas dan Eropah.

Alami dunia magis yang menghiburkan sesuai untuk semua lapisan umur dengan 14 persembahan selama dua jam.

Tiket berharga dari RM70 untuk kanak-kanak dan RM100 bagi dewasa. Tempahan tiket boleh dibuat di laman web ticketcharge.com.my.


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi