suria

Dua Lelaki Didakwa Atur Perolehan Harta Untuk IS

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membabitkan diri dalam mengatur bagi memperoleh harta untuk kegiatan keganasan. 

Mohamad Fauzi Misrak, 35, yang bekerja sebagai chef di Singapura dan perunding kewangan, Rohaimi Abd Rahim, 38, didakwa bersama-sama melibatkan diri dalam satu pengaturan yang memudahkan perolehan harta bagi kumpulan militan IS dengan mengendalikan akaun Maybank milik Mohamad Fauzi untuk tujuan keganasan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Berhad cawangan Subang Jaya di Jalan SS15/4D, Subang Jaya dekat sini antara Disember 2013 dan Julai 2014.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130 P Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati jika perbuatan itu menyebabkan kematian. Jika tidak melibatkan kematian, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

IS. Perolehan Harta


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi