suria

Ibu Maafkan Wanita Langgar Anak

KUALA LUMPUR: Bersemuka dengan pemandu kenderaan yang didakwa merempuh hingga mengorbankan anaknya benar-benar menguji hati seorang ibu.

Seorang pelajar Nazirul Amin Nazri, 16, maut serta-merta ditempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan 34/26, Taman Sri Rampai, Setapak, di sini pada kira-kira pukul 7.30 malam, Jumaat.


Pembonceng motosikal Nazirul yang juga berusia 16 tahun terselamat dalam kemalangan itu namun mengalami cedera parah.

Kedua-dua remaja lelaki itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Kemalangan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi