suria

Pelancong domestik... ini info yang anda perlu tahu?

Hanya mereka yang telah mempunyai tempahan sedia ada dan telah menginap sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dibenarkan untuk menginap di hotel.

PELANCONG domestik baharu adalah pelancong tempatan yang baru ingin menginap atau menempah penginapan di Premis Penginapan Pelancong semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 yang kini memasuki fasa kedua.

Pelancong domestik ini terdiri daripada mereka yang berstatus warganegara Malaysia, penduduk tetap atau sementara dan Pemegang Pas Sosial Jangka Masa Panjang daripada Jabatan Imigresen Malaysia seperti ekspatriat, pelajar asing, suami, isteri asing, pekerja asing dan peserta Malaysia My Second Home (MM2H) yang masih sah.

Dalam tempoh PKP ini, masih ada lagi pelancong domestik dan apa yang anda perlu tahu berkaitan dengan premis penginapan pelancong mengikut SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kaki ‘travel’ boleh bincang dengan pihak hotel untuk tuntut semula wang

Waktu daftar masuk

Premis hendaklah mematuhi syarat-syarat waktu daftar masuk yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing yang bertindak sebagai badan kerajaan yang mengawal selia dan meluluskan lesen operasi perniagaan hotel. Pemilik premis boleh merujuk kepada PBT berkenaan untuk pertimbangan lanjut. 

Kebenaran hotel 

Hanya mereka yang telah mempunyai tempahan sedia ada dan telah menginap sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dibenarkan untuk menginap di hotel.

Pelancong yang sudah tiba sebelum PKP dibenarkan menginap di hotel yang telah ditempah. 

Daftar Masuk pihak-pihak yang terkandas (Stranded Travellers) 

Hotel dibenarkan untuk menerima daftar masuk pihak-pihak yang terkandas tertakluk kepada sebab-sebab kemanusiaan atau kecemasan yang dihadapi oleh pelancong dan sekiranya perkara ini tidak boleh dielakkan dan sekiranya dibenarkan akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Bilangan yang diterima mestilah amat minima dan mengambil kira arahan MKN.Namun demikian, tetamu baharu yang telah didaftarkan masuk hendaklah berada di dalam bilik masing-masing sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Melintasi negeri untuk bertugas

Perkara ini dibenarkan kerana dibimbangi petugas tiada tempat untuk menginap dan sekiranya tidak dibenarkan boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlakudan petugas tidak dapat bertugas dengan sempurna. Perkara ini tertakluk kepada pematuhan syarat yang berkuatkuasa semasa tempoh PKP ini.

Bantuan kepada tetamu

Premis penginapan pelancong perlu mempunyai SOP keselamatan sendiri.

Tetamu boleh menghubungi Kedutaan masing-masing dan/atau Jabatan Imigresen Malaysia (bertujuan untuk penyambungan tempoh visa).

Garis Panduan atau SOP

Premis Penginapan Pelancong hendaklah mempunyai SOP dalaman sebagai langkah self-regulatory bagi mengekang penularan Covid-19 bagi tetamu yang sedang menginap semasa tempoh PKP.

Selain itu, pihak hotel perlu juga disarankan mempunyai SOP dalaman bagi mencegah penularan Covid-19 kepada petugas-petugas hotel.


Premis Pelancongan, Hotel, Perlu Tahu

Artikel Lain