Nak jimat duit ke kota fesyen New York? CityPass boleh bantu terokai 5 lokasi mengagumkan

Pemandangan Manhattan dari feri ketika menuju ke Liberty Island.

JIKA anda seorang pengembara atau jetsetter, kota New York pasti menarik perhatian untuk diterokai. Biarpun bukan sedikit perbelanjaan yang diperlukan untuk ke sana, namun tarikan yang ada sukar dilepaskan begitu sahaja.

Maklumlah, keindahan kota fesyen ini sudah sering kali ditonton di skrin televisyen mahupun menerusi filem-filem boxoffice Hollywood.

New York merupakan bandar raya yang paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS), bahkan pusat kawasan metropolitan New York merupakan kawasan metropolitan yang paling ramai penduduk di dunia.

Memang benar proses permohonan visa untuk ke negara Uncle Sam ini agak merumitkan, namun jika anda ikut langkah-langkah dengan betul, ia tidaklah sesukar mana pun. Yang penting baca maklumat dengan teliti, sediakan dokumen perjalanan diperlukan dan buat bayaran visa di saluran yang betul.

Sebagai pengembara atau pengunjung pertama kali, tidak mustahil anda bercita-cita untuk mengintai ke setiap inci kota raya ini.

Ellis Island yang menjadi tumpuan penduduk tempatan ketika hujung minggu untuk berpiknik.

Terdapat lima bahagian atau borough di New York  iaitu The Bronx, Brooklyn, Manhattan, Queens dan Staten Island, dan setiap bahagian ini punya tarikan tersendiri.

Dek kerana itu, anda perlu bijak merancang supaya  percutian menyeronokkan dan tidak membebankan poket.

New York CityPASS

Selain mencari penginapan yang bersesuaian dengan bajet, anda mesti dapatkan New York CityPASS bagi menjimatkan wang.

Dengan harga USD132 (RM545.60) untuk dewasa dan USD108 (RM446.40) untuk mereka yang berumur  di antara 6 hingga 17 tahun, pas ini membolehkan anda mengunjungi beberapa tarikan utama tanpa bayaran tambahan.

Jika anda membeli tiket setiap tarikan secara berasingan, harganya adalah lebih mahal.

Selepas dapatkan New York CityPASS, anda juga perlu dapatkan Metro Pass untuk memudahkan pergerakan ke sana-sini.

Memanglah boleh beli tiket setiap kali mahu menggunakan pengangkutan awam (subway dan bas awam henti-henti), tapi perlu diingatkan harga untuk perjalanan sehala ialah USD3 (RM12.40).

Statue of Liberty ikon bagi Kota New York.

Jadi, bayangkan kalau dalam sehari anda perlu menaiki pengangkutan awam lebih dari lima kali. Banyak belanjanya bukan?

Sebab itu, kalau sayangkan duit, lebih baik beli Metro Pass untuk 7 hari yang berharga USD33 (RM136.40). Metro Pass ini membolehkan anda menggunakan subway dan bas awam henti-henti tanpa had selama 7 hari berturut-turut.

Sebaik sahaja kedua-dua pas ini berada di dalam tangan, anda sudah boleh memulakan pengembaraan tanpa teragak-agak. Siapkan duit makan dan duit shopping sahaja.

Berikut antara tarikan utama yang boleh dilawati dengan menggunakan New York CityPASS:

1. Empire State Building

Kunjungan anda ke Kota New York tidak akan lengkap jika tidak singgah ke Empire State Building.  Bangunan yang sering difilemkan ini terletak di pusat Midtown Manhattan dan ia menjanjikan pengalaman yang luar biasa. Dek pemerhatian di tingkat 86 dan 102 menyediakan pemandangan 360° yang sukar dilupakan.

Pemandangan malam dari tingkat dek pemerhatian di tingkat 86, Empire State Building.

Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga ke 2 pagi, kunjungan anda ke sini pasti berbaloi kerana ia bukan sahaja menawarkan pemandangan kota New York, tetapi ia juga memberli peluang untuk anda mengenali sejarah pembinaan bangunan ini secara terperinci.

Fakta-fakta yang dikumpulkan di sini cukup mengagumkan. Pembinaan bangunan ini bermula pada 17 Mac 1930 dan sehingga kini Empire State Building menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.

2. Top of The Rock, Rockefeller Plaza

Satu lagi tempat untuk menyaksikan pemandangan kota New York yang sukar dilepaskan.  Lokasi ini juga dikatakan tempat terbaik untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam di kota New York.  Seperti Empire State Building, Rockefeller Plaza juga mempunyai sejarah yang cukup menarik.

Pemandangan Kota New York dari Top of The Rock.

Lawatan ke sini pasti mengambil masa yang panjang jika anda seorang yang meminati sejarah, lebih-lebih dalam bidang senibina dan rekaan. Terdapat tiga tahap dek pemerhatian untuk diterokai di Top of the Rock.

Dek pertama di Wall Radiance dan kedai cenderamata. Yang kedua, di kawasan Breezeway dan dek pemerhatian ketiga terletak di tingkat 70, di mana ia adalah ruangan yang bebas daripada dari kepungan kaca, menjadikannya ia lokasi sempurna untuk merakam foto.

3. Lawatan ke Statue of Liberty & Ellis Island

Masakan anda mahu melepas peluang untuk merakam foto kenang-kenangan di patung gergasi hijau, Statue of Liberty. Jadi, alang-alang sudah membeli New Yok CityPass, pastikan anda mencari masa untuk menaiki feri ke Liberty Island.

Tak perlu beratur panjang untuk membeli tiket, cuma tebus kupon di kaunter feri di Battery Park dan anda boleh terus beratur untuk menaiki feri.

Dalam perjalanan nanti, anda boleh menikmati menikmati pemandangan mengasyikkan. Feri ke Liberty Island ini juga akan singgah ke Ellis Island yang menempatkan Ellis Island Immigration Museum.

Bangunan Word Trade Centre yang baru mula dibuka pada 3 November 2014.

Selain merakam foto kenang-kenangan, anda juga boleh berkelah di kedua-dua buah pulau ini. Satu tip berguna, rancang perjalanan ke sini pada awal untuk mengelakkan kesesakan. Waktu terbaik untuk sampai ke Liberty Island ialah sebelum jam 11 pagi.

4. Muzium Peringatan Serangan 9/11 ( 9/11 Memorial & Museum)

Mana mungkin kita boleh melupakan tarikh 11 September 2001 di mana  World Trade Center  (WTC) New York  dirempuh dengan dua pesawat penumpang selepas ia dirampas. Bukan sedikit nyawa yang terkorban dengan tragedi menyayat hati ini.

Antara fosil yang dipamerkan di American Museum of Natural History.

Terletak di bekas tapak WTC,  Muzium Peringatan Serangan 9/11 ini dibuka pada bulan Mei 2014 bagi menghormati hampir 3000 orang yang terbunuh.

Muzium ini terletak di bawah tanah atau di dasar menara kembar yang asal dan ia menceritakan kisah tragedi 9/11 melalui perbagai medium seperti foto-foto hari kejadian, tayangan multimedia, koleksi  barangan mereka  yang  terkorban  dan artifak daripada bangunan yang hancur.

5. American Museum of Natural History

Jika anda pernah menonton filem Night at the Museum yang dibintangi oleh Ben Stiller, pasti anda ingat dengan situasi  huru-hara yang berlaku sepanjang malam di American Museum of Natural History, New York, di mana semua artifak yang dipamerkan hidup kembali. Namun itu semua adalah imaginasi penulis, bukan realiti.

Kota New York sering menggamit kedatangan pengunjung di seluruh dunia.

Jadi jika ingin melihat sendiri kehebatan muzium popular ini, bolehlah gunakan kupon yang tersedia di dalam booklet New York CityPASS.  Membawa misi - To discover, interpret, and disseminate—through scientific research and education—knowledge about human cultures, the natural world, and the universe, sesungguhnya terlalu banyak yang boleh dilihat di muzium ini. Jangan mimpi untuk menghabiskan lawatan dalam waktu yang singkat.

Bahkan, waktu seharian di sini juga mungkin tidak mencukupi.

Terletak di Theodore Roosevelt Park, kompleks muzium ini terdiri daripada 28 buah bangunan yang menempatkan 45 dewan pameran kekal, planetarium dan perpustakaan.

Terdapat lebih daripada 33 juta spesimen tumbuhan, haiwan, fosil, mineral, batu, meteorit, sisa manusia, dan artifak budaya manusia yang dipamerkan. Percayalah,lawatan ke sini akan menjadi satu kunjungan yang cukup berharga.

***Jika anda mempunyai pengalaman dan tip pelancongan menarik untuk dikongsi, kirimkan kepada kami di [email protected] 

Artikel Sebelum

Uzbekistan kaya sejarah tamadun Islam

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain